Thursday 29 September 2011

s3pAsaNg s3paTu

slm ukhwah slm 1 dunia,

saat tinta maya yang tiada bermata mencoretkan kata-kata:
"mentari di awanan biru menyapa langit tidaklah perlu
burung berkicauan riang nan syahdu bak merdunya lagu
saat diri datang nan rindu terpejam lena mata yang sayu
kasih dirimu manis semanis madu aku terpaku tertunduk malu"


titisan sauna mata

lantas air mata mengalir ........
ini kisah untuk tatapan mata adanya sendiri









Kiri      : Kanan, apakah kau ingat, saat pertama kali kita saling jatuh cinta?
Kanan  : Mungkin sejak pertama kali tukang sepatu membuat kita, sepasang sepatu merah yang serasi.
Kiri      : Apakah kau yakin kita memang saling mencintai kerana kita diciptakan sebagai pasangan?
Kanan  : Kenapa tidak?
Kiri      : Kenapa tidak??

Kiri      : Lalu, kalau kamu memang mencintaiku, kenapa selama ini kau tak pernah ucapkan, “Kiri, aku cinta  kamu”?
Kanan  : Kerana itu hanya kata-kata. Tak perlu diucapkan, yang penting kau tahu yang ada di hatiku untukmu.
Kiri      : Jadi, apakah kau mencintaiku?
Kanan  : Hmmm...
Kiri      : Hmmm... Hmm?
Kanan  : Hmmm...
Kiri      : Kenapa sulit sekali mengucapkan cinta?
Kanan  : Kau sudah menanyakan ini ratusan kali, kenapa masih terus bertanya?
Kiri      : Kerana kau tak pernah menjawab dengan jelas.
Kanan  : Jadi kau mahu penjelasan?
Kiri      : Aku mahu diyakinkan. Sekali saja aku ingin mendengar kau mengatakan cinta padaku...
Kanan  : Hanya dengan kata-kata?
Kiri      : Hanya itu yang ku mahukan.
Kanan  : Jadi kau hanya mahu kata-kata?
Kiri      : Aku mahu diakui.
Kanan  : Kau sudah diakui.
Kiri      : Diakui apa?
Kanan  : Kau adalah pasanganku.
Kiri      : Pasangan yang kau ..., apa?

Kanan  : Kecoht betul kau ini. Hal simpel seperti ini kau buat jadi masalah yang rumit. Yang penting kan kau tahu letakmu di hatiku.
Kiri      : Kau yang membuatnya rumit. Apa susahnya menyatakan cinta kalau kau memang mencintai pasanganmu?
Kanan  : Itu hanya kata-kata, kiri!
Kiri      : Kerana hanya kata-kata itulah, kenapa jadi begitu sulit?!
Kanan  : Kau tak mahu kata-kata dari pasanganmu, kau mahu cintanya! Dan cinta bukan sekadar kata-kata... Kata-kata hanyalah sesuatu yang sangat bersifat permukaan saja.
Kiri      : Kalau memang yang hanya bersifat permukaan itu boleh membahagiakanku, kenapa kau tidak memberikannya untuk membuatku bahagia? Bukankah itu sangat ringan?
Kanan  : Jadi kau hanya mahu kata-kata...?
Kiri      : Aku mahu diyakinkan... Walau hanya sekadar kata-kata.
Kanan  : Kau tegas sungguh.
Kiri      : Aku memang tegas. Jadi, cuba sekali saja katakan padaku, “Kiri, aku mencintai kamu.”
Kanan  : Aku tidak boleh. Sebab bagiku itu hanya kata-kata. Sedangkan cintaku padamu jauh lebih dari sekadar kata-kata.
Kiri      : Jadi kau tidak mencintaiku...
Kanan  : Kiri, kau ini...
Kiri      : Kalau kata-kataku salah, ya perbaiki aaytnya!
Kanan  : Kamu yang harus memperbaiki cara berfikirmu!
Kiri      : Jadi kamu memang tidak mencintaiku?
Kanan  : Aduh!
Kiri      : Kenapa aduh?
Kanan  : Kamu salah!
Kiri      : Apanya yang salah?
Kanan  : Aku bukan tidak cinta kamu!
Kiri      : Jadi kamu apa...?
Kanan  : Aku sayang kamu.
Kiri      : Sayang? Jadi cuma sayang...?
Kanan  : Aduh...
Kiri      : Kenapa aduh lagi? Jadi kamu tidak boleh mengucapkan cinta padaku sebab kamu hanya sayang padaku?
Kanan  : Bukan begitu.
Kiri      : Lalu macam mana?
Kanan  : Oke, aku cinta kamu! Puas?
Kiri      : Puas. Terima kasih. That simple, isn’t it? Kenapa tidak dari dulu-dulu....

Kanan  : Sungguh memerlukan tenaga....

Kiri      : Itu sekadar ucapan, katamu. Kenapa begitu memerlukan tenaga...?

Kanan  : Hhhh.... Apa lagi selepas ini?

Kiri      : Aku ingin kamu mengucapkan itu di depan kawan-kawan kita.

Kanan  : Great...

* See the miss-communication relationship here? Haha!


kanan:ei buchuk la dye nie
kiri:tp kite dah pkai pefume la td

p/s: perlakuan dilakukan atas dasar sayang @ cinta..?